( VIDEO ) – Saya hanya mahu teruskan perjuangan Rasulullah kata Yusuf Azmi

0
246
views
yusuf azmi berhenti dari ppim

TERKEJUT juga dengan berita baru-baru ini apabila YUSUF AZMI dikatakan terdetik hati untuk berhenti daripada perjuangkan hak pengguna di MALAYSIA.

Ini berdasarkan perkongsiannya dengan wartawan Metro Ahad, YUSMIZAL DOLAH ALING, Yusuf yang diberi jolokan Abang Serban mendedahkan apa yang terbuku di hatinya dan menjawab isu yang dilemparkan kepadanya di dalam Kafe Ahad minggu ini.

Menyertai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak lima tahun lalu, Yusuf Azmi diberi tanggungjawab oleh mentornya Datuk Nadzim Johan mengendalikan beberapa isu penting yang menjadi topik panas.

Kekecohan penipuan di Kompleks Kotaraya, kes sewa beli kereta AGR Auto Trade Sdn Bhd dan yang terbaru, isu perumahan DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources tiba-tiba menjadikan dirinya begitu popular dan menjadi bualan banyak pihak.

Ketika namanya melonjak terutama di media sosial, ada yang beranggapan dia sedang menjenamakan dirinya untuk menggantikan Nadzim yang begitu sinonim dengan PPIM sejak penubuhannya 20 tahun lalu dan ada yang kata dirinya cerdik tidak bertempat.

NAMUN BEGITU YUSUF AZMI BERKATA ” SAYA HANYA MAHU MENERUSKAN PERJUANGAN RASULULLAH ” semasa temubual bersama SINAR HARIAN.

SUMBER : Sinar Harian / Harian Metro

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here