Taubat nasuha seorang ahli maksiat

0
183
views
taubat
taubat

Diriwayatkan oleh ka’ab al-ahbar r.a. bahawa dalam kalangan Bani Israel dahulu, ada seorang lelaki yang kerap melakukankemungkaran. Ka’ab ialah seorang tabiin yang sangat alim tentang kitab taurat dan al-quran.

Walaupun baru memeluk islam pada zaman pimpinan Umar al-khattab r.a., namun Umar r.a. amat menyenanginya kerana perkara-perkara yang diucapkan oleh beliau selari dengan islam. Menurut cerita Ka’ab, pada suatu hari lelaki itu turun ke dalam sungai untuk mandi.

Tiba-tiba dia terdengar satu suara yang mengatakan kepadanya, “Hai fulan! apakah kau tidak berasa malu? Bilakah kau mahu bertaubat kepada Allah? mendengar suara teguran dari sungai itu, dia berasa amat gelisah dan terus untuk meninggalkan perbuatan kejinya itu.

Dia berazam untuk bertaubat dengan taubat nasuha serta meninggalkan perbuatan dosa yang telah dilakukan. Beliau terus melarikan diri ke sebuah gunung yang didiami oleh 12 orang ahli ibadah yang taat kepada Allah s.w.t. Dia mengambil keputusan untuk menyertai mereka didalam ibadah.

sesungguhya taubat itu diredhai oleh Allah.
sesungguhya taubat itu diredhai oleh Allah sumber http://www.elmina.id/

Musim kemarau yang panjang menimpa tempat mereka, menyebabkan mereka terpaksa mengambil keputusan untuk mencari kawasan yang mempunyai air dibawah pergunungan itu. Tanpa disedari rupa-rupanya mereka telah sampai ke tempat lelaki ini ditegur kerana melakukan dosa.

Oleh sebab bimbang pengalaman itu berulang semula, dia meminta sahabat-sahabatnya agar meneruskan perjalanan tanpanya. Mereka bertanya,”mengapa?” Dia menjawab, “Aku malu untuk ke sana kerana di situ ada seseorang yang mendedahkan tentang keaiban diriku sendiri sehingga aku menjadi malu dan bimbang jika dia melihat aku sekali lagi.”

gambar perhiasan
gambar perhiasan sumber http://piknikasik.com

Mereka akur tinggal si situ tanpa lelaki itu. Apabila berada di sungai itu terdengarlah satu suara bertanya, “Ke mana perginya kawan kamu? Apakah yang sedang dilakukan olehnya?” Jawab ahli ibadat itu “Dia menyangka di sini ada orang yang akan menyebut-nyebut tentang kesalahannya menyebabkan dia berasa malu lalu dia tidak menyertai kami.”

“Subhanallah! Sekiranya salah seorang daripada kalian memarahi anaknya sendiri ataupun salah seorang daripada keluarganya, lalu individu itu meminta ampun kepadanya, tentulah dia akan dimaafkan. Sekarang ketahuilah oleh kamu semua bahawa kawanmu itu telah bertaubat daripada dosanya. Oleh sebab itu, pergilah kalian kepadanya dan khabarkan tentang perkara ini.

Mendengar penjelasan yang dibuat oleh suara dari sungai itu, mereka terus menyampaikan perkara tersebut kepada sahabat mereka. Lalu lelaki yang sebelumnya melakukan maksiat di kawasan itu kini berubah. Mereka terus melakukan ibadah di tepi sungai itu untuk beberapa tempoh.

Selepas berlalu satu jangka masa, lelaki itu telah meninggal dunia. Suara itu sekali lagi memanggil-manggil ahli-ahli ibadat yang lain agar memandikan jenazah lelaki itu dengan air sungai tersebut. Dia diminta untuk dikebumikan berdekatan dengan sungai tersebut.

Mereka melakukan pekara itu sebagaimana yang diminta oleh suara itu. Selepas mengebumikannya mereka berasa sedih yang teramat sangat lalu mereka menangis sehingga keesikan harinya. Dengan rahmat Allah s.w.t. telah menumbuhkan dua belas batang pokok sarwah berdekatan dengan kuburnya, maka mereka mendirikan tempat ibadah berhampiran dengan kawasan itu. Akhirnya mereka telah menetap disitu hingga individu dalam kumpulan itu meninggal dunia. Setiap daripada mereka dikebumikan berhampiran dengan sahabat-sahabat mereka.

TELADAN

Pengajaran di dalam cerita ini menceritakan tentang seorang lelaki yang bertaubat dengan taubat nasuha. Taubat yang benar dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan menyebabkan keampunan dosa dan memperoleh husnul khatimah.

syariat orang sebelum kita berbeza daripada kita sehinggalah mereka dibenarkan mengasingkan diri bertujuan untuk beribadah. Orang yahudi ialah golongan yang dimurkai oleh Allah kerana mengada-adakan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. seperti melakukan haji di kawasan perkuburan orang soleh.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here