STEPHEN PADDOCK DIKATAKAN SEBAGAI DALANG KEKECOHAN DI LAS VEGAS

0
188
views

LAS VEGAS – AMERIKA SYARIKAT. Lebih 50 terbunuh manakala 200 lagi cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang ke arah ribuan pengunjung sebuah konsert di Las Vegas dalam kejadian serangan paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Syerif Polis Metro Las Vegas, Joseph Lombardo memaklumkan lelaki bersenjata yang telah ditembak mati pihak berkuasa itu warga tempatan dikenali sebagai Stephen Paddock, 64, dari Mesquite, Nevada.

“Paddock telah melepaskan tembakan dari tingkat 32 Hotel Mandalay Bay. Beberapa senjata api turut ditemui bersama suspek yang menginap di hotel terbabit.

“Polis juga berjaya mengesan rakan wanita suspek, Marilou Danley, 62, dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif serangan ganas itu.

orang ramai berlari menyelamatkan diri, sumber : http://cdn-03.belfasttelegraph.co.uk
orang ramai berlari menyelamatkan diri ketika diserang, sumber : http://cdn-03.belfasttelegraph.co.uk

“Hasil siasatan awal kami mendapati dia tiada kaitan dengan keganasan, namun latar belakangnya masih disiasat,” jelasnya yang mengesahkan penyerang bertindak secara bersendirian.

Manakala mengikut daripada laporan daripada berita harian mengatakan –

Seorang lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 50 orang dan mencederakan lebih 200 yang lain pada satu festival muzik di Las Vegas Strip dengan menembak dari tingkat 32 sebuah hotel selama beberapa minit sebelum ditembak mati oleh polis.

Angka kematian yang disifatkan polis sebagai pengiraan awal itu akan menjadikan serangan terbabit sebagai insiden pembunuhan beramai-ramai paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat, mengatasi insiden pembunuhan 49 orang di kelab malam Orlando tahun lalu.

Ribuan pengunjung yang panik melarikan diri dari tempat kejadian sehingga ada yang dipijak ketika anggota keselamatan cuba mengesan dan membunuh lelaki bersenjata itu. Ramai pengunjung konsert yang dalam keadaan terkejut dengan pakaian dibasahi darah kelihatan merayau-rayau di jalanan selepas serangan itu.

Sherif Clark County, Joseph Lombardo, memberitahu pemberita suspek adalah seorang lelaki tempatan Las Vegas yang bertindak sendirian dan dipercayai tiada kaitan dengan sebarang kumpulan militan.

“Kami tidak tahu apa kepercayaannya,” kata Lombardo. “Pada masa ini kami percaya dia satu-satunya pelaku.”

Pihak berkuasa juga sedang mencari seorang wanita Asia yang dinamakan sebagai Marilou Danley, iaitu rakan sebilik lelaki berkenaan.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here