Sayidina Umar menulis surat kepada Sungai Nil

0
164
views

Semasa ‘Amru bin al-‘Ash r.a. menjadi gabenor Islam di negara Mesir yang dilantik oleh Sayidina Umar al-Khattab r.a., beliau menghadapi satu cabaran iaitu musim kemarau yang menyebabkan keringnya Sungai Nil. Sungai Nil ini merupakan sumber utama bekalan air bagi mereka ketika itu.

Memang menjadi tradisi orang-orang qitbi, yang merupakan masyarakat pribumi neagra Mesir, untuk mengadakan upacara korban dalam sesuatu tempoh untuk “penunggu” yang kononnya ditugaskan menjaga kepentingan mereka di Sungai Nil.

Mereka juga percaya bahawa “ibadah” korban menggunakan anak dara adalah yang paling elok dipilih dalam kalangan mereka itu penting, supaya penunggu tersebut tidak murka kepada mereka.

Apabila ‘Amru bin al-‘Ash r.a. menjadi pemimpin di situ, beliau telah berusaha menghentikan perbuatan mungkar itu atas dasar prinsip islam yang mengharamkan upacara memuja syaitan dan jin. Secara kebetulan berlaku kemarau. Keadaan ini menyebabkan penduduk yang masih percaya perkara karut itu memohon untuk mengadakan semula upacara itu, bagi mengelakkan kemarau lagi teruk.

inilah Sungai Nil
inilah Sungai Nil : sumber annisarmdhnt21.wordpress.com

‘Amru bin ‘al-‘Ash r.a. segera memaklumkan kejadian itu kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. di Madinah. Baginda memuji tindakan dan usaha gabenornya menghentikan amalan khurafat itu, dan melaporkan kepada Khalifah.

Lalu Sayidina Umar segera menghantar surat maklum balas, bersama sepucuk surat lain, dan meminta ‘Amru supaya mencampakkan surat itu kedalam Sungai Nil. Sejurus ‘Amru meneriman surat daripada Sayidina Umar, beliau mendapati ada bersamanya surat lain, alamatnya “Buat Sungai Nil”.

Isi kandungannya yang berbunyi :

MAKSUDNYA: darpada hamba allah, amirul mukminin umar kepada nil mesir. jika engkau mengalir kerana kehendakmu semata-mata, maka janganlah engkau mengalir lagi, tetapi jika allah maha esa lagi maha gagah perkasa yang mengalirkannmu maka kami memohon kepada allah maha esa lagi maha gagah perkasa agar mengalirkan kamu semula!

Dengan karamah Sayidina Umar r.a., pada hari yang sepatutnya penduduk Mesir kembali melakukan amalan syirik itu, Sungai Nil menjadi luas dan lebih bnyak airnya. Allah s.w.t. telah mnetakdirkan agar tradisi syirik itu berakhir di tangan khalifah yang sangat dicintai oleh semua umat islam iaitu Sayidina Umar al-Khattab r.a..

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here