Rasa malas ? Ini dia tips yang mungkin menghilangkan rasa malas anda !

1
122
views

Rasa malas ? Ini dia tips yang mungkin menghilangkan rasa malas anda ! Bila kita digelar manusia pasti perasaan malas itu akan wujud dengan sendirinya di dalam diri kita betul ke tidak ? Tidak kira siapa kita, dimanakah kita berada dan tidak kira waktu rasa malas itu pasti akan wujud.

Jadinya hari ini saya ingin berkongsi tips yang dapat menghilangkan rasa malas anda. Semoga perkongsian ini dapat secara tidak langsung mengurangkan perasaan malas dalam diri kita.

Ingatlah ! Masa itu sangat kejam dia akan terus berputar tanpa menghiraukan anda.

masa itu terus berputar
masa itu terus berputar meninggalkan anda – via https://www.theodysseyonline.com

Mesti selalu dengarkan kata-kata ” Masa itu Emas “. Yes masa itu sangatlah berharga dan dia tidak akan menunggu anda walaupun satu saat. Bahkan sedetik hati pun masa itu tidak akan pernah menunggu anda!

Jadi untuk tidak menjadi malas kena ingat bahaya waktu itu sangatlah kejam. Dia akan terus meninggalkan anda tanpa memperdulikan siapa anda! Jadi kalau anda ada kerja yang harus dihantar minggu depan bulan depan bahkan tahun depan jangan pernah tangguhkan kerja anda tersebut.

Kalau rasa malas nak buat dan nak tangguhkan ingat berkataan diatas waktu itu sangat kejam sebab nanti pejam celik pejam celik rupanya esok anda harus hantar kerja anda !

Ingatlah ! Kepada orang tua yang selalu bergadai apa sahaja untuk anda !

Mesti pernah rasakan dengan wujudnya rasa malas pada diri korang akan membuat semua perkara menjadi hancur atau tidak terurus. Contohnya rasa malas nak pergi ke kelas kuliah dan sebagainya.

ingatlah kepada ibu bapa
ingatlah kepada ibu bapa via :https://satuislam.org/

Untuk itu cuba korang ingat kepada orang tua korang yang sanggup bergadai apa sahaja untuk korang. Orang yang selalu ingin korang berjaya dan melakukan setiap perkara itu dengan penuh kejayaan ! Insha Allah rasa malas itu akan hilang .

Ingatlah ! Kepada mimpi atau cita-cita anda

quote kejarlah cita-cita anda
quote kejarlah cita-cita anda via : http://www.lovethispic.com

Seterusnya kalau nak hilangkan rasa malas korang ingat kembali apa yang korang mimpikan selama ini! Apa yang korang nak dalam hidup korang !

Lepas korang ingat apa yang korang nak cuba pikir bolehkah korang berjaya dengan adanya sikap dan rasa malas? Bolehkah wujud cita-cita korang tersebut? Untuk itu jadikan cita-cita sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa malas dalam diri korang!

Ingat bahawa tiada kesenangan tanpa kesusahan

di dalam setiap kepayahan itu ada kemudahan
di dalam setiap kepayahan itu ada kemudahan: via www.superadventure.co.id

Selain itu kalau sebab kesulitan dan kepayahan menjadikan anda terasa malas ingat apa yang Allah sebut dalam surah Al-Insyiraah ayat 5-8. Bahawa dalam setiap kesulitan dan kepayahan itu ada kemudahan atau kesenangan.

Jadi jangan pernah rasa malas disebabkan kesusahan. Kalau korang tak berusaha untuk mengatasi kepayahan itu bagaimana korang nak senang di kemudian hari. So teruskan berjuang walaupun sepayah mana jangan pernah malas jangan pernah berputus asa.

Inilah dia serba sedikit tips hilangkan rasa malas yang dapat saya kongsikan kepada anda semua. Saya harap kalau ianya bermanfaat dan memberi kebaikan kepada anda. Jadi silalah kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan dan ahli keluarga anda kalau anda rasakan ianya bermanfaat.

Comments

comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here