Rabbit Park Di Damak Jerantut Baru Di Buka

2
2920
views
Rabbit park yang telah dirasmikan oleh Dato Hajah Nazilah Binti Abd Latif AJP NAFAS (PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN)
Rabbit park yang telah dirasmikan oleh Dato Hajah Nazilah Binti Abd Latif AJP NAFAS (PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN)

assalamualaikum w.b.t, kepada warga jerantut dan semua pembaca. di sini saya ingin menceritakan sedikit tentang rabbit park yang baru di buka. Yang hebat di rabbit park ni sebenarnya didirikan oleh A Rozi Bin Rani.

Dato Hajah Nazilah Binti Abd Latif, beliau adalah AJP NAFAS (PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN) yang telah merasmikan rabbit park tersebut. Rabbit park tersebut didirikan adalah bertujuan untuk mempamerkan segala jenis baka arnab.

inilah gambar Rabbit park yang telah siap didirikan
inilah gambar Rabbit park yang telah siap didirikan

 

Terdapat lebih dari beratus ekor dan lebih dari 10 baka. Rabbit park ini di buat juga untuk memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak kampung yang sukar untuk mencari peluang pekerjaan.

Rabbit Park yang telah dirasmikan oleh DATO HAJAH NAZILAH BINTI ABD LATIF AJP NAFAS (PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN)

kepada warga jerantut atau semua di pelusuk negeri boleh lah hadir untuk melihat arnab yang comel. Di samping itu juga bukan sahaja ada arnab, kepada sesiapa yang suka mandi sungai jangan risau sungai disediakan.

telah dibuka dengan harga rm 7 setiap seorang
telah dibuka dengan harga rm 7 setiap seorang
antara warna-warna arnab yang meanrik perhatian ramai
antara warna-warna arnab yang meanrik perhatian ramai : sumber facebook

sungai yang paling dikunjungi ramai dan sering disebut-sebut ialah sungai rengat. Sungai ini bertempatan dengan perkampungan asli dan terdapat 7 atau 6 kalau tidak silap saya peringkat sungai tersebut. Sungai yang berada di atas bukit ialah air terjun.

gambar yang diambil di sungai rengat : sumbergambar yang diambil di sungai rengat : sumber
gambar yang diambil di sungai rengat : sumber explorasa.cari.com.my
Ada lagi tempat menarik?

Tentulah ada jangan risau kepada sesiapa yang sukakan panorama, yang suka melihat keindahan alam semula jadi. Ada satu gunung yang di beri nama Gunung Bongkok. Gunung Bongkok ini terletak di kampung Ulu Cheka yang terkenal dengan sejarah pahlawan Pawang Nong.

antara gambar-gambar panorama yang diambil di bukit bongkok : sumber facebook

Antara gambar-gambar yang ada di Gunung Bongkok

Anda semua jangan risau jika berkunjung ke Jerantut kerana banyak tempat-tempat yang menarik untuk anda singgah dan teroka. Banyak tempat-tempat yang saya tidak sebutkan lagi seperti ada taman i-City, Taman Negara, Lata Jarum dan bermacam lagi tempat untuk anda bercuti.

Bagaimana dengan penginapan?

Anda jangan risau tempat penginapan, di jerantut terdapat banyak hotel-hotel yang telah disediakan untuk pelancong yang hadir di jerantut. hotel yang disediakan dan yang paling gah ialah hotel Darul Makmur, Hotel Jerantut Hills dan bermacam hotel yang ada disana.

 

Berkenaan dengan makan anda semua jangan takut dan gelabah kerana di jerantut banyak kedai makan yang banyak didirikan di jerantut. Jadinya banyak tempat-tempat yang menarik yang boleh anda kunjungi di pahang.

Insyaallah jikalau berkesempatan saya akan cuba isi lagi tempat-tempat yang menarik yang boleh anda kunjungi.

 

Comments

comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here