Pokok Kurma Menangis Ditinggalkan Nabi S.a.w.

0
89
views

Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. biasanya menyampaikan khutbah dengan meletakkan di belakangnya batang pkok kurma. Pada suatu hari ada seorang wanita di dalam kalangan ansar telah meminta izin daripada Nabi s.a.w. untuk membuatkan mimbar untuk baginda.

Setelah mendapat persetujuan Baginda, beliau menyuruh pekerjanya yang mahir dalam bidang pertukangan untuk membuat mimbar itu. Maka pada hari jumaat berikutnya Rasulullah s.a.w. mulalah menggunakan mimbar baharu itu dan meninggalkan batang pokok kurma yang biasanya menjadi tempat Baginda bersandar semasa Khutbah sebelum itu.

Lalu pokok kurma itu menangis bagaikan bayi. Nabi s.a.w. memberitahu kepada para sahabat dengan sabdanya yang bermaksud, “sesungguhnya pokok kurma ini berasa sedih ditinggalkan”. Dalam riwayat lain, daripada Thufail bin Ubay bin Ka’ab darpada ayahnya, dia berkata kepada Rasulullah s.a.w.

“Wahai Rasul! izinkanlah saya membuatkan mimbar untuk tuan bagi membolehkan tuan menggunakannya semasa khutbah Jumaat agar mereka dapat melihat Nabi!” Lalu Ubay membuatkan untuk Nabi s.a.w. mimbar yang terdapat tiga anak tangga.

Apabila Rasulullah menuju ke mimbar baharu itu, Baginda akan melalui pokok kurma yang merupakan tempat Baginda berada semasa menyampaikan khutbah sebelum itu. Tiba-tiba pokok kurma itu bergerak-gerak hingga hampir rebah.

Riwayat darpiada Ibnu Buraidah al-Aslami daripada ayahandanya, bahawa Nabi s.a.w. berkhutbah dengan berdiri dalam tempoh masa yang lama, hingga kelihatan baginda seperti kurang selesa. Lalu para sahabat mengambil sebatang pokok kurma dan ditanam berdekatan tempat baginda berkhutbah agar membolehkan Baginda bersandar.

Menurut Ibnu Buraidah dia mendengar ayahnya menceritakan bahawa ketika Nabi s.a.w. mendengar pokok kurma itu menangis lalu Baginda turun memegang sambil berkata “Sekarang engkau ┬áboleh memilih sama ada di tanam di tempatmu semula dan dengan cara itu engkau berkembang menjadi pohon yang subur seperti sebelumnya, atau engkau ditanam di Syurga dan tumbuh disisi sungai-sungai dan mata air., engkau akan mengeluarkan hasil berupa buah-buahan yang akan dipetik oleh para kekasih Allah. Apa pilihanmu?

Ketika itu, ayah kepada Buraidah mendengar Nabi s.a.w. berbisik dengan katanya”Ya! aku akan makbulkan permintaanmu”. Nabi mengulanginya dua kali. Setelah itu seorang sahabat bertanya dan jawapan Nabi adalah:

maksudnya: pokok itu memilih untuk aku menanamnya di syurga. (riwayat al-darimi)

Apa yang kita dapat daripada cerita ini adalah pokok kurma mengajar kita untuk memilih ganjaran dan kebahagiaan yang tiada bandingan lagi kekal selamanya iaitu Syurga. Tapi mengapa kita sering lalai dengan ganjaran dunia yang hanya bersifat sementara?

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here