Padah “smule”

0
124
views

Tahukah kita kejadian yang berlaku pada tahun lepas pada bulan ogos. kes ini berlaku kepada seorang hamba Allah yang bernama Hairul. Ketika berlaku kejadian ini ialah di mana Hairul memandu kereta daripada Kluang menuju ke segamat Johor.

siapa yang tidak kenal dengan aplikasi smule bukan? aplikasi tersebut ialah satu hiburan yang berbentuk karaoke “Online” untuk menunjukkan bakat nyanyian masing-masing. semasa memandu Hairul merasa bosan , jadinya untuk menghilangkan bosan hairul membuka aplikasi smule untuk menghilangkan rasa bosan.

Hairul memilih untuk cuba membuat satu video ┬álagu dan memilih lagu “Sudahku Tahu” daripada Projector Band. Sebelum menyanyikan lagu itu dia “check sound” sebelum menyanyikan lagu tersebut. Ketika Hairul sedang menyanyi ……. tiba-tiba Hairul terdengar seakan-akan suara “backup singer” dia terus menghentikan nyanyiannya itu, tetapi suara “backup singer” itu meneruskan nyanyiannya.

Apabila Hairul terdengar suara “backup singer” itu, dia terus mencampakkan telefonnya kebawah dan dia ternampak kelibat di cermin belakang. Hairul menurunkan tingkap kiri dan kanan dan cuba untuk membongkokkan badan supaya tidak melihat kelibat itu.

Hairul cuba beristighfar dan membacakan ayat-ayat apa yang terlintas di fikirannya. Selepas itu Hairul cuba melaungkan azan supaya kelibat tidak kelihatan tetapi dia merasakan ada orang membelai dibelakang badannya seperti mencuit-cuit. Hairul cuba memecut laju keretanya itu dan mencari kenderaan yang lain untuk menghilangkan rasa ketakutannya.

Apabila sampai di lampu isyarat berdekatan Balai Polis Labis yang bertukar warna merah, Hairul menghentikan kenderaannya dan cuba mencapai telefonnya untuk menyimpan video tersebut. Hairul hairan akan durasi video tersebut adalah 3 minit tetapi apa yang Hairul dapati durasi video tersebut tamat setelah melaungkan azan.

Disini saya sediakan satu video dimana Hairul dapat merakam saat-saat genting pada ketika itu.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here