Marriage,GAME OVER!

1
190
views
mencari kebahagian rumah tangga
mencari kebahagian rumah tangga

Petang tadi sis borak dengan sorang member baik sis..dia dengar masalah sis,sis pon suka dengar masalah dia ..Al maklumlah buddy (sehidup semati katanya).Kawan sis ni dia dah nak kahwin (sedih,sis tak laku-laku).Bila sis dengar pasal dia,tetiba tergerak hati nak share dengan korang.Yelah ,ramai orang tahu,tapi tak ramai orang yang nak ambil tahu mengenai isu perkahwinan ni.

gambar sebagai hiasan sumber:https://goo.gl/oNsEZh

Sis nak cakap kat sini,nikah,bab kahwin ni bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main.Hari ni kau lafaz nikah petang nanti kau lafaz talak tak pon isteri minta fasakh! Tak wey tak!Bergegar arasy Allah beb .Jangan dibuat main!~~~

Bukan bermakna kau kahwin lambat,kau dah cukup matang untuk arrange rumahtangga kau.Kadang-kadang,sis tengok dan sis sendiri persoalkan “kenapa kes penceraian makin lama makin melampau-lampau kat luar sana?Sedangkan kebanyakan mereka yang bercerai bukanlah yang baru berkahwin dan baru kenal pasangan?”Mak cik pak cik beb!Ada yang paling otai pon kat mahkamah tu,sis tengok dah sebaya atok nenek sis dah.Allahu..~~

“ramai orang tahu,tapi tak ramai  yang  ambil tahu”

Jadi pesanan daripada penaja,sebelum kau nak kahwin,kau fikir masak-masak.Kahwin ni bukan perkara mudah.Kalau boleh,mental fizikal kau kena ar mantap, pastikan ready betul-betul baru fikir another step.Ni tak,tak fikir panjang dah terus amik keputusan macam orang tak menyempat .Bak kata orang ,”galok sangat mu ni!”

“Hah,pastu cerai-berai.Ish ish ish..” Kalau kau tak pandai manage hidup berumahtangga,dua-dua nak ego takde yang mengalah,memang silap hari bulan mahu setiap hari kau nampak pinggan terbang kat rumah.Ingatkan UFO yang melintas! rupanya pinggan hantaran kahwin jadi mangsa balingan syahdu!Adoyaiii…

Biasalah,adat dalam  berumahtangga ,’ada manis,masam, ada kelat,payau dan ada juga pahit!’ .Kalau tak,tak seronoklah hidup suami isteri.Baik kau kahwin je dengan robot, takde perasaan.yedok?Sis tahu,korang mampu,jadi buktikan yang korang bukanlah orang-orang yang sis dok membebel kat atas tu.Ingat taw!

Pesanan sis juga,buat gadis yang masih belum mendirikan rumahtangga,tolonglah jangan ganggu rumahtangga orang lain.Jauhkan diri anda dari wabak ini supaya tidak tersebar pada yang lain…Bersabarlah, kebahagiaan akan ada untuk korang.Jangan ganggu hak orang.Kau tak tahu macam mana mereka yang dah berkahwin ni try so hard untuk jaga rumahtangga mereka supaya tak retak dan diganggu oleh orang ketiga.Hurm,tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana kan?redha je lah~~Kuasa ALLAH,DIA penentu segalanya.

p/s:Semoga perkongsian dan nasihat  ini memberi manfaat kepada semua.Peace Ya’ll!

 

Comments

comments

1 COMMENT

  1. Setiap orang memiliki kekurangan dan kelebihan masing masing, jadi saat kita sudah bertekad untuk menikah dengannya, kita harus siap menerima semua nya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here