Kerana AKU juga seperti KALIAN!

0
99
views

Dah lama tak menulis blog..gian dah rasanya(hahahahahha)..komitmen yang banyak selain daripada belajar ,macam-macam benar aku kena buat.(haish,moga ALLAH terus memberikan aku kekuatan.)

Kerana kesibukan yang melampau,sampai roommate aku yang duduk sebilik dengan aku fedup dengan aku, sebab dorang jarang nampak muka aku dalam bilik.

“Akak ni,selalu sangat takdek kat bilik!”

“hurm,taw sangat dah,akak konfim takde dalam bilik malam ni!”

Everyday aku akan dengar dorang bebel kat aku(bernanah telinga)..kelakar rasanya..bak kata member aku “busy kau,kalah Dato’ Rektor!” ><

Tapi bukan ini yang aku cuba katakan..Yang aku nak  suarakan adalah bagaimana caranya kita sebagai pelajar terutama mereka yang bergelar student IPTA or IPTS bahagikan masa sebagai seorang student dalam pada masa yang sama kau buat macam-macam benda.Contohnya,macam aku sendiri ,aku seorang yang aktif dekat kolej ,pegang macam-macam jawatan ,komitmen belajar lagi .Cuma satu je aku takde! Suami dengan anak!hahahhahah…Ye..memang aku tak nafikan kadang-kadang stress dengan hidup aku sendiri sebab bukan satu benda kena fikir tapi empat lima benda aku kena hadap dan hadam.Dengan masalah family,masalah kewangan,kena handle masalah persatuan-persatuan yang kadang-kadang mengarut dan komitmen belajar lagi-lagi bila dah masuk tahun akhir ni!Kau rasa??

Antara gambar-gambar yang ada di Gunung Bongkok

“Allahu..kentalnya kau!”

KENTAL?beb,aku manusia biasa jugak,mana mungkin aku tak pernah rasa perasaan give up,penat dan sewaktu dengannya?Cuma aku kuat sebab adanya Allah yang sentiasa disamping aku,yang memerhati setiap gerak-geri hambaNYA.

Aku berpegang kepada ayat “Allah menguji hambaNYA kerana DIA tahu,hambaNYA kuat dan mampu hadapi setiap ujian yang DIA berikan kepada hambaNYA”

Kadang-kadang bila difikirkan kembali,“alah,aku pegang jawatan itu ini,bukannya dapat elaun atau gaji..lepas tu yang penatnya aku ,dah lah budak-budak kecam tak suka kita(sebab aku MPP)!”YA,memang aku tidak dibayar gaji,tidak diberi sedikit pun elaun,tapi Allah berikan aku pahala kerana jihad,pengorbanan aku dalam memegang amanah yang berat dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin disamping pengorbanan untuk menuntut ilmu.”

Mulai daripada itu,aku cekalkan hati dan kata pada diri aku yang Allah akan balas segala pengorbanan aku dengan sesuatu yang lain,sebab apa,bagi aku “Kita mudahkan urusan orang lain,Allah akan mudahkan segala urusan hidup aku” Yelah,bila difikir balik,ada hikmah kenapa Allah letak kita ditempat atau dalam situasi itu.Mungkin di antara orang lain,aku yang paling mampu walaupun aku kata “TIDAK”. Allah lebih mengetahui rupanya..Yes,Alhamdulillah segalanya telah pun terbukti.Macam-macam Allah tolong aku,DIA mudahkan urusan aku dari segi belajar dan sebagainya.Allah Maha Adil.

Jadi,buat rakan-rakan diluar sana,jangan mengeluh,jangan merasa penat dengan apa yang kau hadapi sekarang sebab Allah akan balasnya dengan sesuatu yang lebih baik.Bersabarlah!Jika tidak di dunia nikmat itu,mungkin di akhirat kelak..Anggaplah setiap apa yang kau perolehi dalam hidup sebagai satu jihad dan dakwah terutama kepada mereka yang memegang jawatan-jawatan di kolej or universiti,kerana kau membantu orang lain dengan memudahkan urusan setiap orang terutama di IPTA or IPTS masing-masing.Dalam memikul amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin,dicemuh,dikeji dan dibenci itu perkara biasa!Maka,tabahkan hati,kuatkan mentalkan,gagahkan fizikal kerana setiap kekuatan korang itu berpandukan kepada mind set korang sendiri.Kalau korang kata “Aku tak boleh” maka kau akan dapat jawapan “tidak” jika kau kata “aku boleh!” maka setiap langkah kau akan melangkah kepada jawapan “boleh”.Jadi,jangan give up!

Kerana AKU seperti KALIAN,aku memahami apa yang korang rasa!bertabahlah kawan-kawan!!

Sedikit kata-kata semangat:-

Senyumlah walaupun pahit yang kau telan,

DAN…..

Ketawalah walaupun menangis YAng kau LALUI setiap hari,

kerana 

Setiap senyuman dan ketawa yang kau berikan ,kau mampu melupakan kesakitan,tekanan dan kepedihan yang kau alami.

Dekatkan diri dengan ALLAH dan Al-Quran,itu adalah perkara yang terbaik terutama kita sebagai pelajar.Rajinkan diri untuk bertahajjud(pesanan buat diri sendiri juga) kerana dengan bertahajjud kau akan perolei  kekuatan.

Moga terus kuat dalam mengharungi setiap onak duri sebagai seorang pelajar kampus.Qowiy!

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here