Kalau melibatkan orang ISLAM korang panggil Islam Terrorist ! Kalau yang melibatkan orang putih kau panggil !

0
259
views
kalau agama islam dikatakan agama terorist

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu serangan dasyat yang dilakukan oleh Stephen Paddock seorang tua yang telah melepaskan satu tembakan dari atas bumbung bangunan yang telah membunuh lebih daripada 50 Orang ! Dan melibatkan ratusan orang cedera.

Jadi ramai yang mempersoalkan KALAU SERANGAN TERSEBUT DILAKUKAN OLEH ORANG ISLAM MEREKA AKAN MENGGELAR ISLAM ITU TERORRIST !

Jadi pada serangan yang dilakukan oleh BANGSA BERKULIT PUTIH INI APA YANG HARUS DIPANGGIL ??

3 Okt – Umat Islam di seluruh dunia meluahkan rasa kecewa dengan segelintir media barat yang dengan jelas dilihat bias dalam melaporkan insiden serangan tembakan di Las Vegas baru-baru ini.

Di Twitter, ramai netizen termasuk yang bukan beragama Islam sendiri melahirkan rasa kecewa tersebut dengan memuat naik status di laman media sosial itu.

Ali menulis: “Jika penembak itu adalah seorang Muslim, kamu akan panggil ini satu serangan pengganas. Ini adalah serangan pengganas, yang dibuat oleh seorang lelaki Amerika 64 tahun berkulit putih #LasVegas.”

Tweet dari Ali itu mendapat 1.3 ribu retweet tanda sokongan.

Memandangkan dia seorang lelaki kulit putih…. dia cuma seorang penembak… Jika dia seorang Arab/ Muslim.. dia akan dilabel sebagai pengganas.” tulis Little Monster.

Perkara ini bukan sahaja menjadi isu untuk orang Muslim, malah turut menaikkan kemarahan orang Amerika yang bukan berkulit putih.

“USA media kepada anda:
“Jika dia muslim – terroris,
“Jika dia hitam – gangster
“Jika dia putih – seorang yang kurang siuman” tulis irum.

Beberapa portal barat menyifatkan bahawa penyerang Las Vegas sebagai ‘Lone Wolf’ dan bukannya pengganas biarpun telah menembak mati sekurang-kurangnya 59 mangsa.

Daesh juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bertanggungjawab terhadap serangan terbabit dan mendakwa si penembak itu telah masuk Islam beberapa bulan yang lalu, ujar media barat.

Sementara itu Harian Metro melaporkan bahawa Polis Las Vegas semalam menemui sejumlah besar senjata dan bahan letupan di dalam bilik hotel serta rumah penyerang yang didakwa membunuh sekurang-kurangnya 59 orang dan mencederakan 527 yang lain pada kejadian tembakan besar-besaran paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Pada masa sama, pegawai AS masih menyiasat dakwaan kumpulan militan Daish bahawa Stephen Craig Paddock, 64, melaksanakan serangan di Las Vegas Strip, Ahad lalu itu bagi pihak kumpulan berkenaan.

Menurut polis, Paddock, seorang akauntan bersara tanpa rekod jenayah, memecahkan cermin tingkap bilik hotel di tingkat 32, sejurus selepas jam 10 malam dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api automatik ke arah ribuan orang yang menghadiri konsert muzik country di bawah.

Penyiasat menemui sekurang-kurangnya 16 senjata termasuk senapang dalam bilik Paddock di Hotel Mandalay Bay dan 18 senjata api lain bersama bahan letupan di rumahnya.

Penyanyi muzik country, Jason Aldean yang sedang membuat persembahan bergegas lari ke belakang pentas apabila tembakan bermula, manakala pengunjung yang panik bertempiaran lari mencari perlindungan selepas dihujani tembakan dari atas.

“Kami nampak orang bergelimpangan. Kami tidak tahu sama ada mereka terjatuh atau ditembak,” kata Ralph Rodriguez, perunding IT dari Pomona Valley, berhampiran Los Angeles, yang menghadiri konsert itu bersama rakannya.

Serangan las vegas

Daish mendakwa Paddock antara ‘askarnya,’ namun, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak menemui sebarang kaitan seumpama itu setakat ini dan menyifatkannya sebagai seorang yang mengalami masalah jiwa.

“Kami tidak menemui sebarang manifesto atau apa-apapun yang dapat menjelaskan perbuatannya. Dia bertindak sendiri dan kejadian ini sukar dielak kerana kita tidak dapat menjangka pemikiran seorang psikopat,” katanya.

Polis berkata, Paddock membunuh dirinya sebelum pasukan Khas Senjata dan Taktik (SWAT) menyerbu bilik hotelnya yang menghadap ke lokasi konsert itu diadakan.

Menurut Syerif Joseph Lombardo, seorang pengawal keselamatan ditembak di kaki apabila mereka menyerbu masuk ke dalam bilik yang dihuni Paddock sejak 28 September lalu.

Pencarian di rumah Paddock di Mesquite, Nevada, 130 kilometer dari Las Vegas menemui simpanan senjata api serta peluru, selain bahan letupan dikenali sebagai tannerit termasuk ammonium nitrat, sejenis baja, di dalam kenderaannya.

SUMBER : SIAKAP KELI / HARIAN METRO

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here