Kalau anda disakiti cubalah untuk berdamai dengan orang itu maka hidup akan bahagia

0
100
views
sentiasa berdamai

Saya yakin dan percaya bahawa setiap manusia yang hidup dimuka bumi ini pernah disakiti hatinya. Tidak kira hatinya disakiti secara langsung atau secara tidak sengaja. Jika anda merupakan orang yang pernah disakiti anda harus memaafkan orang yang menyakiti anda.

sentiasa berdamai
Sumber gambar : http://kenalitinnitus.com

Sedalam atau seteruk manapun hati anda disakiti, anda harus ingat bahawa semakin anda cuba untuk memusuhi atau cuba untuk menjauhi orang yang menyakiti hati anda itu sebenarnya anda semakin disakiti. Ia terus menerus membuatkan hati anda tersakiti.

Oleh itu antara perkara yang harus anda lakukan adalah cuba untuk memafkan orang tersebut dan berdamai dengannya. Kalau dari islam pula ada banyak hadis berkaitan dengan memaafkan orang lain. Islam itu sendiri mengajar umatnya untuk bermaaf-maafan.

“Jika kamu membuat suatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan suatu kesalahan orang lain, maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (HR. Bukhari)

Kesalahan merupakan sebuah pelajaran yang menguatkan langkahmu

Jika anda terus melawan sesuatu kesalahan atau pengalaman buruk yang pernah anda lakukan maka anda tidak akan pernah berdamai dengan dirimu sendiri. Ia akan menyebabkan anda dipenuhi dengan rasa menyesal dan bersalah, dan seterusnya membuatkan anda berhenti untuk melakukan sesuatu atau bangkit.

Oleh itu cubalah untuk melupakan kesalahan yang pernah anda buat. Jangan pernah salahkan diri anda. Ia akan membuatkan anda bangkit dan yakinlah bahawa masih ada langit yang cerah serta harapan yang mengunung untuk anda. Hadapilah masa lalu anda dengan berani, jangan biarkan ia terus menghantui dan membuatkanmu takut.

Berdamai akan membuatkanmu merasa damai kerana tiada rasa kebencian dan rasa bersalah yang terpendam

Jika anda selalu ingin berdamai dengan sesiapa sahaja yang pernah membuat salah dengan anda dan anda buat salah dengan mereka akan membuatkan hati anda terasa tenang dan damai. Jangan biarkan rasa kebencian dan bersalah ada di dalam diri anda.

Ia akan menganggu hidup anda kerana anda akan selalu memikirkan perkara tersebut. Jadinya selalulah menjadi seorang yang pemaaf dan meminta maaf.

 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here