Jadikan hobi anda sebagai sumber pendapatan

4
195
views
jadikan hobi sumber pendapatan
Sumber : ajanrehberi.blogspot.my

Kebiasaannya setiap orang itu mempunyai hobi tersendiri. Hobi merupakan satu kegiatan yang mana datangnya dari diri sendiri. Ianya bersifat semula jadi, dan tidak ada sesiapun yang boleh memaksa korang untuk menjadikan sesuatu itu sebagai hobi.

Hobi ini merupakan pekara yang paling korang cinta untuk dibuat sebenarnya. Ia tidak akan pernah membosankan anda. Jarang jumpa orang yang bosan dengan hobi dia sendiri betul ke tidak?

jadikan hobi sumber pendapatan
Sumber : ajanrehberi.blogspot.my

Diluar sana terdapat ramai yang berjaya disebabkan hobi mereka, antara yang dapat saya kongsikan disini ialah Pak Cik Kau . Dia minat dalam bidang permotoran dan sekarang sumber pendapatannya banyak dari pemotoran juga.

Untuk itu hari ini detikhati ingin berkongsikan kepada anda macam mana nak jadikan hobi anda sebagai sumber pendapatan. Mana tahu boleh jadikan hobi itu sebagai sumber pendapatan tetap.

Cara untuk menjadikan hobi anda sebagai sumber pendapatan

1) DALAMI BETUL-BETUL HOBI TERSEBUT

Pertama sekali ialah mendalami hobi korang. Contohnya menulis korang kenalah betul-betul belajar cara menulis dengan betul contohnya. Gaya penulisan apa semua korang cuba mahirkan.

Kalau korang minat helmet korang kena tahu selok belok helmet ini betul-betul baru tak kena tipu oleh peniaga dan sebagainya.

2) JOIN KOMUNITI YANG ADA KENA MENGENA DENGAN HOBI KORANG 

Kedua ialah korang mestilah join komuniti yang ada kena mengena dengan hobi korang tadi. Kalau minat bela kucing korang joinlah semua kelab-kelab kucing yang ada. Selalu terlibat dengan komuniti tersebut.

Jangan malu bertanya dan kalau ada ilmu selalu share. Ini akan membuatkan orang kenal dengan korang dan disini sebenarnya anda sudah mula membina komuniti. ” Komuniti sangat penting dalam membina perniagaan “.

3) BERANI UNTUK MULAKAN LANGKAH MEMBINA PENDAPATAN

Setelah anda buat dua perkara tersebut cuba anda mulakan langkah untuk membina pendapatan. Kalau anda minat kucing mungkin anda sudah boleh mula survey apa-apa yang orang minat dan mendapat sambutan tinggi berkaitan kucing.

Kalau sudah ada data boleh cuba buka perniagaan kecil-kecilan. Gunakan modal sedikit kalau tiada modal yang banyak untuk anda mulakan perniagaan. Rollingkan modal sebanyak yang mungkin sebelum korang rasa untung dia.

Kalau korang punya hobi macam melukis lagilah mudah untuk menjana pendapatan. Apa yang korang kena buat ialah promosikan karya korang. Jangan malu, ingat orang malu dia tidak akan pernah kehadapan. ” Jadikan dato vida sebagai inspirasi ( hahhaha ) 😛 ”

Itulah dia serba sedikit cara untuk korang dapat pendapatan melalui hobi.

Pesanan terakhir : Semua hobi boleh jadi sumber pendapatan kecuali satu iaitu HOBI SUKA TIDUR……

Comments

comments

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here