Ha ? Drone digunakan sebagai teksi biar betik !

0
301
views
Drone teksi
Drone teksi

Ha korang mesti pernah dengar kan tentang drone ? Biasanya orang pakai drone ni ni untuk buat video dari udara dan hanya terbangkan untuk fun-fun tetapi di dubai diaorang nak buat drone sebagai teksi, berikut laporan daripada sinar harian ~!

DUBAI – Dubai telah menjalankan ujian pertama perkhidmatan teksi dron yang diharapkan akan menjadi sistem pengangkutan yang baik di bandar itu, lapor BBC.

Kenderaan dua tempat duduk yang masih tidak dinamakan itu berlepas untuk penerbangan lima minit di pantai teluk.

Penerbangan itu disaksikan oleh Putera Mahkota Sheikh Hamdan bin Mohammed.

Dubai mempunyai cita-cita besar untuk menjadi bandar pintar dengan dron dan robot dijadikan alatan utama dalam rancangannya itu.

Teksi dron tersebut dicipta oleh firma Jerman, Volocopter dan firma itu berkata, ia berharap teksi berkenaan akan dilaksanakan dan digunapakai dalam tempoh lima tahun.

“Perlaksaan pengangkutan itu akan menyaksikan, dengan menggunakan telefon pintar melalui aplikasi tersedia, pengguna boleh menempah Volocopter dan ia akan sampai kepada anda,” kata Ketua Eksekutif Volocopter, Floria Reuter.

“Volocopter akan datang dan menjemput dan membawa anda ke destinasi anda.”

Sebelum ini dron berkenaan telah diuji di Jerman pada bulan April.

Syarikat pesaing eHang sepatutunya menjadi yang pertama melancarkan teksi terbang dalam bandar namun rancangan itu dipercayai telah ditunda.

 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here