Ciri-ciri seorang sahabat, jangan kamu pernah lepaskannya

0
147
views
Ciri-ciri seorang sahabat, jangan kamu pernah lepaskannya
Ciri-ciri seorang sahabat, jangan kamu pernah lepaskannya

Sahabat itu merupakan seseorang yang sangat penting didalam kehidupan kita. Seorang sahabat itu akan sentiasa berada bersama kita semasa kita senang mahupun ketika kita susah. Seseorang yang digelar sahabat itu boleh dikatakan seperti seseorang yang berada didalam keluarga kita.

Ciri-ciri seorang sahabat, jangan kamu pernah lepaskannya
Ciri-ciri seorang sahabat, jangan kamu pernah lepaskannya Sumber: vebma.com

Mereka akan selalu bersama dan membantu kita tidak kira keadaan. Sahabat itu berbeza dengan seorang kawan. Yang mana kawan biasanya akan sentiasa bersama kita apabila kita hidup senang dan mula menghilangkan diri apabila kita dalam kesukaran.

Selain itu juga seorang kawan biasanya akan selalu memuji kita dan menyorokkan keburukan kita. Berbeza dengan seorang sahabat yang baik. Mereka akan selalu ingin kita menjadi yang terbaik. Pernah atau tidak korang ada kawan yang sanggup menipu pensyarah korang untuk korang macam kalau korang tak pergi ke kelas diaorang tolong tanda nama !

Itu merupakan seorang kawan yang tidak mahu sahabatnya berjaya. Jika seorang sahabat dia akan berpikir untuk masa depan sahabatnya.

Seorang sahabat sentiasa ingin memberikan apapun untuk sahabatnya

 

Seorang sahabat pasti akan rela memberikan apa sahaja demi sahabatnya bahagia. Mereka akan melakukannya dengan ikhlas. Apabila kita memerlukan pasti mereka ini akan membantu kita untuk mendapatkannya. Seorang sahabat selalu mengambil berat akan kehidupan kita.

Walaupun mereka ini bercakap main lepas sahaja. Namun itulah mereka, mereka selalu berterus terang akan isi hatinya dan ingin membuat kita lebih baik. Kata orang lebih baik berkata jujur walaupun pahit untuk diterima  tetapi ia membawa kemanisan di akhirnya daripada berkata-kata manis sedangkan ianya pahit di penghujungnya.

Dapat bergurau dan bergembira bersama sahabat tanpa rasa malu

Apabila seseorang itu kita anggap sahabat dan merekalah sahabat kita sudah pasti kita seperti tiada batasan dengan mereka. Kita boleh bergurau senda tanpa menguris hati satu sama lain disebabkan sudah biasa. Macam cakap dia bodoh walaupun perkataan bodoh itu hanya gurauan. Cuba kalau korang cakap ke orang baru kenal bodoh sudah pasti lebih mudah hatinya terguris.

Selain itu kalau pada malam hari jadi kita acah-acah minta hadiah daripadanya. Betul tak? Mesti kita tak rasa malu sebab kita sudah ada mindset yang mengatakan dia seorang sahabat.

Sentiasa ada walaupun dalam keadaan susah

Walaupun diawal artikel tadi saya ada katakan bahawa seorang sahabat itu pasti akan ada susah dan senang. Seorang sahabat sejati tidak akan sesekali meninggalkan kita sendirian dalam kesusahan. Jika kita mengalami masalah sudah pasti mereka akan memberikan kita jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Mereka akan turut bersedih kalau kita bersedih sambil memberi kata-kata semangat. Mereka akan sentiasa membuka telingga mereka untuk kita apabila kita ingin meluahkan sesuatu. Mereka akan menjaga aib kita setelah kita meluahkan apa sahaja kepada mereka itulah mereka yang dikatakan sahabat !

Jika anda mempunyai kawan-kawan seperti diatas jangan anda pernah tinggalkan mereka. Jagalah hati mereka dan sentiasalah bersama mereka. Seorang sahabat itu amat susah untuk dicari. Mungkin dalam 100 orang kawan hanya ada seorang sahaja yang dikatakan sahabat sejati.

Jadi untuk itu sentiasalah menghormati seorang sahabat. Ada perlu juga menjadi seorang sahabat yang terbaik. Semoga kita semua menjadikan sahabat kita seorang yang taat kepada Allah dan Rasul. Kata orang berkawan dengan orang baik kita jadi baik, kalau kawan dengan orang kurang baik takut kita rosak di kemudian hari. Jadi pilihlah seorang sahabat yang baik dan terbaik 🙂

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here