Cara mudah tenangkan anak yang sedang mengamuk

0
120
views
anak selalu mengamuk
Sumber gambar : www.thebrunettediaries.com

Dalam banyak-banyak perkara dalam, kes anak mengamuk merupakan salah satu kes yang paling biasa dihadapi oleh setiap ibubapa. Dengan kata lain kalau dikumpulkan ibu bapa 100 orang dijamin bahawa lebih daripada 80 orang akan mengalami perkara ini.

Untuk pengetahuan umum, mengamuk merupakan salah satu cara untuk anak-anak cuba mengekspresikan perasaan serta berkomunikasi dengan ibubapa. Benar ia bukanlah salah satu kaedah betul, tetapi ibubapa harus ingat bahawa anak-anak baru hendak belajar mengenal dunia, jadi ibubapalah yang perlu ingatkan mereka bahawa tindakan mereka itu salah.

anak selalu mengamuk
Sumber gambar : www.thebrunettediaries.com

Jadi berikut merupakan cara-cara atau kaedah menenangkan anak-anak ketika mereka mengamuk.

Jangan terbawa-bawa emosi yang sama

Pertama sekali ialah jangan anda pula terbawa-bawa emosi yang sama. Sebab ramai diantara ibubapa yang memberi respon yang sama dengan apa yang sedang diluahkan oleh anak-anak ketika mereka sedang mengamuk.

Maksudnya disini, kalau anak-anak itu menjerit dan membentak, si ibu meninggikan suara. Ianya seperti terbawa-bawa dengan sikap atau permainan yang sedang diciptakan oleh si anak.

Andai si anak-anak mengamuk dengan membaling-baling barang, si ayah pula bangkit dan mengamuk dengan memukul si anak sebagai hukuman atau sebagai tindak balas mudah untuk menyedarkan atau mendiamkan anak tersebut. Adakah ianya akan berkesan ? Tidak sama sekali !

Apabila anda berada di dalam situasi ini, pertama ibubapa perlulah sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa mereka dahulu yang perlu bertenang. Sila tarik nafas sedalam yang mungkin sambil mengingatkan diri bahawa si anak masih kecil dan andalah yang perlu mendidik mereka.

Jangan pernah tinggalkan mereka seorang sendiri

Pernah atau tidak bila anak anda mengamuk anda meninggalkan mereka? Kononnya sebagai salah satu cara untuk memprotes tindakan anak tersebut. Andai anda sedar bahawa terlampau berlembut atau mendukung atau terus memujuk ketika mereka sedang mengamuk membuatkan mereka lebih kuat membentak.

Janganlah anda pujuk tetapi jangan pula anda tinggalkan mereka sendirian.Dengan tidak meninggalkan mereka berseorangan secara tidak langsung kita sebenarnya sedang mengajar mereka nilai kepercayaan, kasih sayang dan merasa selamat dalam dirinya.

Ajar anak-anak petanda emosi yang tidak stabil

Cara ini adalah sesuai untuk si ibu kerana kebiasaannya si ibu adalah orang yang paling rapat dengan anak-anak. Jadi mereka dapat mengetahui, petanda-petanda kecil apabila emosi anak-anak mulai berubah.

Jadi beritahulah kepada mereka apa tanda-tandanya, ini dapat membantu mereka mengawal emosinya sendiri dan memudahkan mereka untuk tidak mengamuk disebabkan perkara-perkara yang remeh temeh.

Tanya mereka sebab apa mereka mengamuk

Apabila anak-anak sudah mula reda, cubalah anda tanya kenapa mereka mengamuk. Jangan anda tanyalah kepada mereka ketika mereka sedang mengamuk memang tidak akan lah mereka jawab.

Jika mereka memberitahu anda punca kenapa mereka mengamul, maka anda perlu menasihati mereka sesuai dengan penyebabnya. Mungkin terdapat kesalahan di pihak anda, akan tetapi besar kemungkinan juga salah itu dipihak si anak tersebut. Jika anda yang bersalah berlaku adillah dengan memohon maaf dan tidak mengulanginya lagi.

Ini akan mewujudkan satu budaya keluarga yang sihat.

Sentiasa memberi mereka ruang dan peluang

Setiap manusia pernah dan akan sentiasa ” melakukan ” kesilapan. Jika anak anda merupakan seorang anak yang suka mengamuk mungkin dia sedang melakukan kesilapan yang mana tidak lama lagi dia akan menyedari hal itu.

Sebagai ibubapa anda sentiasalah memberi mereka ruang dan peluang untuk memperbaiki keadaan diri mereka. Nak tahu bagaimana caranya ?

Ajarlah mereka cara untuk sentiasa menenangkan diri dengan mengambil wudu’ bagi yang muslim, beristigfar dan selalu ingat kepada Allah. Dan ajarlah mereka untuk duduk sebenatar, mendengarkan lagu-lagu instrumental dan klasik yang dapat menenangkan gelombang minda mereka.

Mudah bukan cara untuk membuatkan anak-anak anda menjadi tenang ?Jom kongsikan artikel ini kepada ibu bapa atau bakal ibu bapa 🙂

Sumber : ohsemmama

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here