Bunuh Anggota TLDM – Pembunuh berdepan hukuman Mati !

0
2974
views
KES BUNUH ANGGOTA TLDM

PILU rasanya hati bila dengar 2 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia mati diakibatkan oleh jenayah yang dilakukan oleh pegawai atasan mereka. Jadi kalau betullah mereka yang sedang direman itu menyebabkan kematian kepada 2 anggota TLDM yang mati ini saya bersetuju 100% mereka dikenakan hukuman mati dan kalau boleh buatkan siaran langsung hukuman yang dijalankan !!!

Berikut merupakan antara laporan akhbar berkaitan dengan hukuman mati kepada pembunuh anggota TLDM.

IPOH – Polis menjalankan siasatan terhadap kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata, hasil bedah siasat dapati punca kematian adalah pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.

“Daripada bedah siasat dilakukan ke atas kedua-dua mayat, dipercayai ada berlakunya kes penderaan yang mendatangkan kecederaan. “Polis telah merakam lapan percakapan tahanan di lokasi kejadian dan 11 pengawal bilik tahanan yang bertugas,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, tiga anggota lelaki berusia 29, 37 dan 44 tahun, ditahan kira-kira jam 9.30 malam tadi dan akan direman untuk siasatan lanjut.

Kelmarin, Laskar Kelas 1 Nik Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd Sukry, 26, disahkan meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal di Lumut.

Kedua-dua anggota tersebut sebelum itu mengadu kepenatan sebelum direhatkan dan dimasukkan ke dalam bilik tahanan di Sungai Wangi, Sitiawan. – Sinar Harian

Sementara itu di KOTA BHARU – Pihak keluarga mahukan keadilan terhadap jenayah yang berlaku ke atas Allahyarham Laskar Kelas 1, Nik Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, yang meninggal dunia ketika latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak.

Ibu Allahyarham, Maimum Yasok, 61, berkata, dia kehilangan seorang anak yang sangat taat dan sentiasa mengirimkan wang untuk perbelanjaan keperluannya yang tinggal di Kampung Binjai, di sini.

“Saya mendapat tahu berita tiga ditahan berhubung insiden yang menimpa arwah melalui media massa dan mengharapkan satu siasatan telus dijalankan oleh pihak berkuasa.

antara yang ditahan bagi membantu siasatan bunuh TLDM
antara yang ditahan bagi membantu siasatan bunuh TLDM

“Tiada apa-apa yang boleh kami katakan hanyalah mahukan keadilan di atas penganiayaan yang berlaku terhadap arwah dan menyerahkan kes ini sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata, kali terakhir bertemu dengan anaknya itu kira-kira dua minggu yang lalu ketika dia ke Kuala Lumpur melawat mereka sekeluarga.

“Masa tu saya tidak perasan apa-apa perubahan pun hanya melihat telatah dua cucu saya, anak sulung dan kedua yang sangat rapat dengan arwah. Ke mana arwah pergi, mereka akan turut ikut di belakang arwah walaupun di dalam rumah.

“Mereka sangat manja dengan arwah yang pulang berjumpa mereka setiap minggu, namun kali ini ‘perginya’ terlalu cepat, anak-anak masih kecil belum puas bermain dan bermanja dengan bapa mereka,” katanya.

Katanya, isteri arwah, Noor Bazlin Mohammad, 28, juga sering terbayang Allahyarham ketika berada di rumah itu sepanjang kes ini berlaku.

“Dia menangis mungkin terbayangkan arwah sebab kalau balik ke kampung, dia akan balik bersama-sama arwah dan anak-anak mereka ke rumah ini. Arwah meninggalkan tiga anak-anak yang berusia empat; dua dan 10 bulan,” katanya.

Kelmarin, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kelas 1 terbabit bersama seorang lagi Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd Sukry, 26, meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal di Lumut pada jam 3. 15 petang

Susulan itu, TLDM menubuhkan satu Lembaga Siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) berhubung kes berkenaan.

Pihak polis pula, menukar kertas siasatan daripada mati mengejut kepada kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebaik sahaja memperoleh laporan hasil bedah siasat dapati punca kematian mereka akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.

Semalam, tiga anggota lelaki berusia 29, 37 dan 44 tahun, ditahan reman selama seminggu pada jam 9.30 malam untuk siasatan lanjut.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here