“Believe in yourself!I know, you can do it!”

0
168
views
gambar sekadar hiasan sumber: https://goo.gl/NR5Pm5

Zaman sekarang orang mana pandang kau kalau muka kau macam spare part kereta.

Zaman lah ni gak,mana orang pandang kalau kau punya badan macam tayar lori.bulat gitu!

Semua nak yang cantik muka macam miss universe,body macam botol air bliss tak pon body macam model..hah gitu!

Tapi dorang tak sedar,kita ni pon manusia ,dorang rasa macam dorang je yang layak duduk kat dunia ni.ALLAH tak kata “Aku ciptakan bumi ini untuk orang yang cantik dan kurus je!” ALLAH Tak Pernah kata gitu pon.So jangan acah perfect!Kita semua manusia .ALLAH jadikan sama je.Yang membezakan kita adalah kau ni khalifah yang amanah atau tidak kat atas muka  bumi ni!”Jangan mendongak langit sangat.Bila-bila masa nikmat tu Allah boleh tarik.Ingat Tu!

gambar sekadar hiasan sumber: https://goo.gl/NR5Pm5

Apa,kau ingat orang yang hodoh tak cantik ,yang gemuk and what so on ni tak nak ke semua tu?Kau ingat orang macam ni tak menangis ke bila orang ejek,hina,dimalukan depan orang ramai?Kau ingat orang macam ni takde perasaan ?Kau tak tahu how they struggle hard to fit their body ,work out ,buat treatment  macam-macam ,pergi spa-spa kecantikan sampai terbang duit beratus-ratus,kau tak tahu…Sebabkan cemuhan-cemuhan manusia macam tulah ,mereka tak ada  keyakinan diri,hilang semangat dan rasa malu untuk menghadap masyarakat.

     “jika ramai yang membenci bukan bermakna tiada yang menyayangi.”

Tak apa guys,Aku pon macam korang..Cemuhan manusia kat aku, dah biasa dah,digelakkan ,dijadikan bahan berlawak.semua aku dah hadam..aku selalu cakap ‘tak apa,aku tak kisah.’ Tapi hakikatnya aku menangis,aku malu ..Kemudian aku kuatkan hati.. sampai bila nak jadi macam tu,biarlah dorang~~~…Mulut manusia ni takkan tertutup daripada berkata-kata pasal orang lain selagi mana nyawa dorang belum dicabut daripada badan..kau buat dek je..lama-lama diam ar dorang.Yang penting korang kena kuat,jangan nampak lemah depan orang-orang macam ni.Kalau boleh kau tunjuk yang korang  bahagia walaupun hati korang tu sebenarnya tengah menangis.Jangan risau, walaupun kita tak ada bahagian tu,tak apa,aku tahu setiap manusia ALLAH cipta ada kelebihannya yang tersendiri .“So keep walking,keep looking  forward,you will find it somedays!” Korang ada kecantikan yang tersendiri yang orang lain tak nampak.Aku tahu!

Jangan putus asa,jangan patah semangat,pekakkan telinga ..Kau anggaplah one day,kau boleh jadi someone yang orang pandang bukan kerana  kecantikan  kau tetapi kerana sesuatu yang kau usahakan atau kau perolehi daripada kelebihan yang kau ada sampai hasilnya  kebaboommm!

Time tu barulah orang cari kau,mengaku yang kau ni kawan dorang..fuhh,drama sangat ar time tu!So,pesan aku,Tak perlu berduka,ketahuilah “jika ramai yang membenci bukan bermakna tiada yang menyayangi.”Jadi,kejarlah mereka,hargai mereka  yang menyayangi kau kerana mereka terima kau seadanya kau,bukan kerana siapa diri kau.Kalau korang tak jumpa lagi orang macam tu,tak apa.sabar!Itu maknanya Allah bagi korang kesempatan untuk korang cuba belajar sayang diri korang dan terima seadanya kekurangan korang.Then,you will know,it’s something yang menghappykan.Trust me!

 

BELIEVE IN YOURSELF,YOU CAN DO IT!!

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here