Bawang Putih Boleh Menghilangkan Batuk Berkahak Dan Gatal Tekak

1
90
views

Apabila batuk berpanjangan pastinya menganggu ketenteraman dan pergerakan semasa kita dalam seharian. Batuk yang keterlaluan akan menyebabkan kegatalan pada tekak dan akan membuatkan kita tidak selesa sama ada ingin makan dan juga tidur.

Kadangkala pada mulanya hanya batuk biasa, berkahak, gatal tekak dan akhirnya boleh juga batuk kering yang akan membahayakan kesihatan kita terutama dari segi pernafasan.

Pebagai cara serta petuan hilangkan batuk dan sakit tekak. Namun, betul ke dengan membakar bawang putih dengan api petua orang-orang tua dahulu mampu menghilangkan batuk?

Petua yang diajar oleh orang tua-tua dahulu ini sangat mudah dilakukan serta bahanya juga amat mudah didapati di rumah.

Cara-caranya ialah :

1. Satu labu atau dua labu bawang putih bersama kulitnya.

2. Bakar bawang putih tersebut di atas kuali atau di atas api perlahan bersama dengan kulitnya selama 20 hingga ke 30 minit. Pastikan jangan sampai hangit.

3. Makan bawang putih yang dibakar tadi 4 atau 5 ulas. Gigit dan telah begitu sahaja. Bawang puith yang dibakar sangat sedap dan lembut.

Pastinya selepas dimakan bawang putih itu batuk anda tentukan akan berkurangan. Inshaa Allah, batuk akan berhenti dengan serta merta. Dikatakan lendir kahak jugak akan berkurangan dan kering setelah anda memakannya.

Sumber : Ustazah Wan Habsah

Comments

comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here