Baru 5 hari BERPANTANG Acha Septriasa pergi SHOPPING ? Habis Dikecam Netizen

0
226
views
dikecam peminat sebab keluar shopiing semasa pantang

Macam biasalah di mana-mana negara sekalipun kalau ada saje yang tak kena dengan artis kesayangan ramai pasti akan anda lihat ruangan komen Sosial media retis tersebut dihujani dengan kecaman dari netizen.

Ini juga terjadi kepada bintang terkenal Indonesia, Acha Septriasa dikecam netizen apabila dilihat keluar bersama bayinya ketika masih berpantang di hari kelima.

Mereka juga turut mendakwa penyanyi dan pelakon itu tidak peka dan menjaga kesihatan secara sambil lewa.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Acha yang baru sahaja melahirkan bayi pertamanya pada 20 September lalu telah memuat naik foto bersama suami dan anak yang berada di dalam kereta bayi sedang bersiar-siar.

Acha memberitahu di dalam kapsyennya mereka hanya keluar berjalan sekitar kejiranannya di Sydney, Australia untuk membeli barang dapur.
Foto itu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada pengikut IG yang merasakan Acha sepatutnya berehat di rumah kerana baru sahaja melahirkan anak kurang seminggu lalu.

Rata-ratanya meluahkan rasa bimbang dan khuatir kesihatan Acha dan anaknya terganggu sepanjang tempoh berpantang.

“Ngilu lihat Acha berjalan, masih terasa kesan jahitannya,” kata Ayu.

“Perutnya itu masih bengkak, kalau saya tak berani nak berjalan-jalan. Sekarang memang tak terasa sakitnya tapi akan datang belum tahu lagi,” kata Dinna.

Sementara itu, ada juga yang menasihatkan supaya dia turut mementingkan kesihatan bayinya yang baru beberapa hari sahaja dilahirkan.

“Tidak elok bawa bayi keluar ketika dalam hari kerana antibodinya tidak kuat dan mudah terkena penyakit,” kata Ratika.

Bagaimanapun, Acha tampil memberikan respon terhadap komen-komen tersebut.

Acha menjelaskan dia terpaksa melakukan segalanya sendiri kerana tiada pembantu di sana.

“Ya…soalnya, kami tiada pembantu di sini. Jadi harus membantu membeli belah bersama suami,” tulisnya.

Begitu lah kisahnya…

Bagi saya secara peribadi apa yang diperkatakan oleh Netizen itu betul sebab mereka sayang dengan awak tu ACHA so terimalah nasihat mereka ye .

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here