Apa itu cinta

APA ITU CINTA

0
96
views

Bismillah. Segala puji bagi Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk dan segala nikmat yang tak terkira. hari ini saya ingin bercerita sedekit tentang apa itu cinta dan mengupas sedikit tentang cinta murahan Vs cinta sebenar :

Remaja selalu bertanya adakah salah untuk bercinta? tidak. bercinta tidak salah kerana cinta adalah satu fitrah yang dikurniakan Allah S.W.T kepada manusia. ingin bercinta dan mahu dicintai adalah satu naluri, adapun Nabi Adam A.s tetap berasa kesunyian dan inginkan teman. lalu Allah S.W.T ciptakan Siti Hawa sebagai pasangan untuk dicintai.

apa yang disebutkan tentang cinta, kita dah boleh bayangkan romeo yang sanggup berkorban nyawa kerana cinta, dan ada yang sanggup meninggalkan ibu bapa kerana cinta, malah ada yang sanggup menukar agama kerana cinta. adakah manusia tanpa cinta ini ibaratkan bumi tanpa mentari.

Allah S.W.T telah menciptakan rasa cinta dan telah menciptakan peraturan cinta. mesti ramai yang bertanya kenapa perlu ada peraturan cinta? jawapannya adalah kerana Allah S.W.T mencintai umatnya dan Allah S.W.T inginkan keselamatan dan kesejahteraan untuk manusia dalam memenuhi fitrah seorang manusia.

keinginan tanpa peraturan akan berlaku cinta terlarang. cinta yang terlarang ini akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan dan keindahan cinta yang telah tercemar ini tidak akan bertahan lama.
“sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejari, cinta yang suci akan terkulai dan bersepai. ini kerana akibat membelakangkan peraturan cinta”

suami isteri yang menjaga pergaulan sebelum berkahwin selalunya lebih bahagia, lebih kekal dan mendapat keberkatan. untuk pasangan couple yang betul-betul serius dalam cinta pula ingatlah bahawa semakin banyak kemanisan yang kita teguk dalam pergaulan bebas sebelum berkahwin, maka semakin tawar dan hambar pula pergaulan itu sebagai suami isteri nanti (selepas kahwin)

akhir kata daripada saya, tidak perlu bersentuhan tangan jika saling merindui kerana mereka sudah bersentuhan hati. tidak perlu berbalas kerlipan mata kerana mereka telahpun berbalas-balas doa. jika kamu merindui seseorang yang belum menjadi halalmu maka berdoalah kepada Allah S.W.T kerana Allah maha mendengar dan tahu apa yang baik untuk umatnya.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here