5 Gambar Sari Yanti selepas bertudung

0
221
views

Siapa yang tidak kenal dengan Sari Yanti? Seorang artis tanah air yang mempunyai wajah angun dan cantik. Sari Yanti telah membina rumah tangga suami pertamanya Mohd Edy Casmadi Che Hussin sebelum rumah tangga yang dibina runtuh apabila Sari Yanti memfailkan perceraian 25 Februari 2014.

Setelah lama bercerai, pada 25 Februari 2017 Sari Yanti telah membina rumah tangga barunya dengan Jep Sepahtu atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin. Apa yang menariknya pada majlis perkahwinan mereka ini adalah dibuat secara rahsia tanpa pengetahuan media. Wow saya sendiri pun rasa kagum dengan kedua-dua orang artis ini yang tidak mementingkan publisiti mereka lebih suka low class.

Walaupun begitu majlis perkahwinan mereka tetap dihadiri oleh ramai kenalan artis dan juga saudara-mara dari kedua-dua belah pihak. Majlis pun meriah walau tanpa kehadiran media untuk membuat liputan.

Setelah beberapa bulan berkahwin nampaknya Sari Yanti sudah mula memakai tudung secara istiqomah. Ini dapat dilihat pada akaun instagram miliknya – https://www.instagram.com/sariyanti/. Walaupun gambar dia tidak memakai tudung masih ada di akaun instagram tersebut.

Sama-sama kita doakan dia terus istiqomah untuk memakai tudung dan secara perlahan-lahan dia membuang gambar yang masih membuka aurat di semua akaun media sosialnya.

Berikut merupakan 5 gambar cantik sari yanti bertudung

Gambar sari yanti bertudung
Gambar sebelum sari yanti ke Plaza Angsana JB – Via Instagram sariyanti
Gambar sari yanti bertudung
Gambar sari yanti bertudung – Via instagram
Ini dia Gambar sari yanti bertudung
Sari yanti bergambar di hari raya dengan suami tercinta – via Instagram
Ini dia Gambar sari yanti bertudung
Ya Allah cantiknya sari yanti – Via Instagram
Ini dia Gambar sari yanti bertudung
Sari Yanti Posing di Hari Raya -via Instagram

Macam mana cantikkan bila sari yanti bertudung. Nampak keayuan seorang wanita disitu. Saya pun jeles dengan kecantikkan dia. Berikut pula sedikit biodata mengenai sari yanti

BIODATA PENUH SARI YANTI

Nama penuh : Sari Yanti Mohamad Nazri | Umur : 33 Tahun Status : Janda } Terkini { Isteri Orang } | Bilangan Anak : 2 Orang | Asal : Kuala Lumpur | Tarikh Lahir : 9 November 1984 | Pendidikan Tinggi : Diploma pengajian perniagaan daripada Universiti Teknologi Nasional ( UNITEN )

Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan mengenai sari yanti. Apapun belum terlambat sekiranya saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada seluruh umat islam di Malaysia dan seluruh dunia. Maaf zahir batin daripada saya Lina Nabila Binti Mohd Nazaruddin.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here